Friday, 16 December 2016

SCAMMER MENYAMAR PELANGGAN DI CAROUSELL

Hai! Ok, hari ni sis nak share pengalaman sis deal dengan SCAMMER yang menyamar as customer konon nak beli tudung dekat Carousell. Peristiwa ni berlaku pada petang Sabtu yang lepas.

Ceritanya macam ni;

Sis baru update sale item kat Carousell. Selang beberapa minit, satu mesej masuk ke Inbox sis. Yeay! somebody nak beli shawl. Seronok lar... berbunga-bunga hati sis ni. Seperti biasa, sis akan view profile orang yang bertanya tu. Tiba-tiba bila sis klik pada nama dia, status profilnya menunjukkan “user account suspended”. Masa tu sis takde syak apa-apa lagi. Since dia ada tinggalkan nombor telefon, sis fikir no harm kot kalau contact dia melalui WhatsApp. Maka sis pun wasap nombor dia....


Dia intro diri as Malay Muslim lady, sedang belajar di USA tapi sekarang ni posting kat Perak. Communications berjalan macam biasa, sama macam normal prospek lain. Lepas dah setuju dengan harga tudung tu, dia pun request bank detail sis for payment purpose.

Hari Isnin 12/12/2016 sis masih belum terima update dari dia. So petang tu sis pun mesej dia, follow-up nak tau dia jadi ker tidak beli tudung tu. Dia pun confirm-kan semula total harga tudung dengan sis. Tak info lagi bila nak buat payment.


Tiba-tiba pada malam tu, around pukul 8 lebih, satu email masuk. Sebenarnya ada 2 email, satu lagi masuk spam folder sis tak perasan. Sis check email yang masuk ke Inbox tu dari “Bank of America”, tapi pelik kenapa email kosong takde content. Hmm… belum syak lagi, cuma fikir mungkin payment dari “Norshida” kot. Sis tunggu dia mesej sebab dia tak inform pun akan buat payment from overseas.


40 minit kemudian, “Norshida” tu mesej sis inform dah buat payment dan minta sis fahamkan betul-betul prosedur bank dalam email yang sis terima tadi. So sis pun reply dia, email yang sis terima tu takde konten. Curious nak tahu apa sebenarnya “prosedur bank” yang dia maksudkan, maka sis pun minta dia forward-kan copy email dari rekod dia. Kemudian, dia hantar screenshot ni....


Jeng jeng jeng.... bila sis teliti info dalam imej screenshot yang dia hantar tu, sis mula sense something tak kena. “Alamak SCAM ker ni?” detik hati sis. Ok, total harga shawl RM55. Tapi kononnya dia hantar payment RM500, tapi duit tu bank dia put on hold. Untuk membolehkan bank dia release-kan duit tu, sis dikehendaki transfer dulu baki RM445 ke akaun dia dalam masa 1 jam.

Sis dah mula nervous sebab tak sangka boleh pulak terdapat prospek scammer. Bila sis kata sis nak contact bank untuk verify payment dia tu, dia mula kecoh dan mula call sis. Sis jawab juga call dia sebab nak dengar suara dia. Betul ker dia ni Melayu. Hmm… dengar accent dia pelik jer, lepas tu macam call guna internet line dari overseas sebab tak jelas and ada lag.


Sis risau sebab dia dah ada info akaun bank & alamat email sis. Sis taknak lar email sis tu nanti jadi target spammer pulak. Sis silent-kan telefon, then sis contact CIMB call center. Sis ceritakan kejadian yang sedang berlaku pada customer service officer tu. Abam CIMB tu suruh sis tengok balik apa alamat email “Bank of America” tu. Haaaa gotcha! sekarang sis dah nampak jelas ini memang confirm SCAMMER. Apehal pulak sejenis bank tapi gunakan domain (at)online-accessed.com ?

Lepas tu, abam CIMB tu tanya, ada tak orang tu minta swift code bank sebelum dia buat "payment”. Haaa yes, memang takde. Confirm tak genuine! Macam mana kau boleh send payment from overseas without swift code? Hakikatnya, dia langsung tak buat apa-apa payment pun. Email dan imej dokumen yang dia hantar tu semua FAKE, konon-konon macam ada real overcharge transaction untuk buat kita percaya dan suruh kita transfer duit lebih tu ke akaun geng scammer dia kat Malaysia.


Lepas bercakap dengan CIMB personnel baru sis tenang sikit. Kemudian sis cuba reject deal orang tu dengan cara baik. Tapi at last sis cakap jer terus terang kat dia email tu SCAM. Tengok gaya orang tu macam tak give up sikit pun, sis terus block nombor dia. End of the story. Esoknya (hari Selasa), sis buat back-up police report as advised by abam CIMB.

Berbalik pada email yang kononnya dari Bank of America tu, sebenarnya email tu memang sengaja dihantar kosong tanpa konten. Itu memang taktik dia cuba nak “pancing” (bahasa IT-nya phising) supaya sis reply email tu minta more info. Then dia akan send pula link minta kita isikan details kat situ. Haaa.... kalau sampai tahap dah klik link yang dia bagi tu, memang inna lillahi wa inna ilaihi roji'un.... dia dah dapat access ke akaun online banking kita.


Sekian kisah mencemaskan terjebak dengan scammer dari sis. Dengan itu, bertambahlah satu lagi pengalaman sis dalam dunia bisnes online. Lepas ni, tak payah gatal-gatal contact prospek kalau status profilnya dah suspended. Carousell suspend akaun seseorang tu mesti ada sebab. Tu lah sis ni sangka baik sangat ;p

Sis lupa tak straightaway screenshot chat dia dekat Carousell. Lepas sis block dia, mesej dia hilang dari Inbox Carousell sis. Gambar profile wasap yang dia guna tu pun sis suspek gambar curi.

Oh ya, ini akaun Carousell sis. Jemput follow yer ----> carousell.com/frinaa

Saturday, 30 April 2016

Pasca Menonton Ada Apa Dengan Cinta 2

Feeling sungguh tengok cerita ni. Sebenarnya saya tak tengok pun edisi pertama AADC dulu. Tapi AADC 2 ni ceritanya cantik. Lagu OST-nya pun best. Liriknya tepat menceritakan kisah Rangga dan Cinta. Tambah lagi dengan vokal mantap Melly Goeslaw & Marthino Lio, memang melekat terus ke lubuk hati. Cewah

Tapi serius, akibat terlebih menghayati cerita dan lagu Ratusan Purnama, ia telah menyebabkan kolam air mata ku tertumpah. Cepat-cepat lap pipi yang basah dengan tudung sebelum member sebelah perasan. Ssshhh, jangan bagitau orang :p

ratusan purnama berlalu
tapi cinta tak pernah berlalu
walau kau usir aku di hidupmu
tapi cintaku tetap diam

ratusan purnama berlalu
sendirian aku tanpa cinta
tak pernah ada cinta yang lain
hatiku terbuka hanya untukmu

duhai cinta enggan menawar rasa
gelombang marahmu terlalu berlebih

berderik-derik bunyi jantungku
bila ku kenang wajahmu
biar jauh jarak pandang kita
namun hati dan jiwaku selalu merasa di sisimu

duhai cinta sulit ku meraba
diam dan dinginmu mengapa
ribuan hari ku mengingatmu
membaca semua puisimu
mengering raga ini menantimu
ratusan purnama cinta kita kembali

duhai cinta enggan menawar rasa
gelombang marahmu terlalu berlebih

berderik-derik bunyi jantungku
bila ku kenang wajahmu
biar jauh jarak pandang kita
namun hati dan jiwaku selalu merasa di sisimu

Oo Oo ohh

duhai cinta sulit ku meraba
diam dan dinginmu mengapa
ribuan hari ku mengingatmu
membaca semua puisimu
mengering raga ini menantimu
ratusan purnama cinta kita kembali lagi
ratusan purnama cinta kita kembali


Hmm.... entah berapa purnama yang mungkin ku perlukan untuk move on dari AADC 2 ni. Hahaa poyo jer kan. 

Tapi since belum pernah visit Jogja, jadi teringin nak pergi sana. Stay kat Villa Sunset tempat penginapan Cinta and friends. Siapa tahu jalan-jalan di Jogja jumpa jodoh macam Rangga... yang suka coffee, suka lihat nature, hatinya cuma untuk 1 orang, and good looking. Eh? Ok bai!

Eh kejap, nah layan official trailer AADC2


dan lagu OST-nya ratusan purnama

Thursday, 24 March 2016

Hello Guangzhou!

Assalam & hai J
Saya tahu dah lama blog ni sepi. Ada yang rindu nak baca post saya ker? Hehee perasan jer I ni kan. So ini sharing pengalaman saya sebagai pengembara transit selama hampir 11 jam di lapangan terbang Changi, Singapura pada minggu lepas.

Kisahnya, saya menyertai rombongan bisnes ke Guangzhou bersama team JMDC dari 14/3 hingga 19/3. Ditakdirkan, nama saya dan 2 sahabat lain dari Penang kena reject daripada group booking Air Asia. Jadi selepas menganalisa segala option, tuan yang berusaha dari team JMDC pun decided untuk terbangkan kami bertiga dari KLIA ke Guangzhou menaiki pesawat Singapore Airlines.

Perasaan saya berbaur gembira dan sedih apabila menerima salinan tiket penerbangan dari pihak JMDC. Yeah... happy naik SIA sebab flight besar, had bagasi 30kg, dan pastinya better onboard meal. Tapi saya rasa macam nak menangis bila tengok masa transit bagi perjalanan KUL-SIN-CAN yang tertera ialah 10 jam 40 minit (T_T). Kami juga dijadualkan akan tiba di Guangzhou pada tengahari keesokan harinya, lewat 12 jam berbanding group yang menaiki Air Asia. Belum pun berangkat, saya dah membayangkan kepenatan yang bakal ditempuhi.

Ok saya redho. Mungkin ada hikmah untuk perjalanan yang panjang ni. Lagi pun, tak sampai hati nak bebel kat Usman (team JMDC) yang pada pandangan saya sangatlah penyabar orangnya dan mengambil berat kebajikan peserta. Saya percaya beliau dah berusaha sebaik mungkin. Ehem, jangan kata akak tak payung yer dik ;)

So nak buat apa 10 jam di Changi? Hmm… mungkin city tour? Itu yang terlintas difikiran saya. Lagi pun saya memang belum pernah explore kota Singa ni. Saya pun mulalah meng-Google “transit passenger in Changi airport”, dan so happy sebab dapat info yang diharapkan. First impression saya ialah, WOW-nya Changi airport!

Selain transit hotel dan duty free shop, ini yang menarik perhatian saya:
1.       Ada taman flora yang dibina di setiap Terminal. Confirm jadi port untuk foto-foto
2.       Ada cinema dan tayangan filem adalah percuma!
3.      Complimentary Changi Airport Voucher bernilai SGD20 untuk penumpang SIA dan anak syarikat milik Singapore Airlines. Syaratnya penumpang transit, dan bukan yang fly to/from Singapore. Yes! saya layak untuk redeem. Bolehlah gunakan voucher ni untuk meal J
4.      Ada servis city tour bagi penumpang yang transit lebih 5 jam. But too bad pendaftaran terakhir untuk city tour ialah pada jam 6:30PM, manakala kami hanya akan tiba di Changi pada jam 9:30PM L

Pada hari kejadian:
Setibanya kami di Changi, macam biasalah cari toilet dulu ;) Kemudian cari surau dan selesai solat, kami ke information counter untuk dapatkan password wifi (penting ni, kena update keluarga dan team JMDC status perjalanan kami). Actually boleh juga dapatkan password wifi melalui SMS dan kiosk. Tapi masa tu saya tak nampak kiosk dan pakej Umobile yang saya gunakan tiada servis international roaming.

Then, perut lapar! so masanya untuk redeem voucher J Tempat untuk redeem voucher adalah di (iShop) Terminal 2, berdekatan stall Killineys/Tip Top dan Dunkin Donuts. iShop ni agak terlindung dengan rimbunan pepohon kat sebelah stall Killineys tu. But as long awak jumpa landmark yang saya sebutkan tadi, sure awak boleh jumpa iShop.
Tips untuk pengembara transit di lapangan terbang Changi, Singapura
Redeem voucher Changi Airport ni kat iShop Terminal 2
Ronda-ronda level 1 cari kedai makan. Saya stop di sebuah restoran yang menjual makanan Vietnam, 'scan' menu dia sekejap. Tiba-tiba kami dengar satu suara menegur “jangan tengok, tak halal”. Saya toleh, nampak sorang abam dengan muka selamba melintas tepi kami. Well... saya hargai keprihatinan you bro, tapi of course lah kami kena baca dulu display menu tu, barulah kami tahu halal ker tidak. Gitu kan....

Eventually, kami makan kat stall Tip Top (ada logo Halal, tapi janganlah kau expect dia letak logo halal Jakim pulak). Kat sini ada jual laksa kari, nasi lemak, karipap ayam/daging (mostly nyonya food) pada harga yang berpatutan. Yang penting stall ni terima bayaran menggunakan voucher. Dan kami juga happy sebab dengan sekeping voucher SGD20 tu cukup untuk cover meal kami bertiga. Laksa kari dia memang sedap secukup rasa. Stall Tip Top ni beroperasi 24 jam. Since masih ada 2 keping voucher lagi yang belum digunakan, kami pun decide untuk sarapan kat sini esok pagi. Voucher ni hanya diterima di participating outlet sahaja. So awak kena tanya dulu sebelum membuat pembelian.

Lepas dinner, jam menunjukkan pukul 12:00AM. Tapi mata belum mengantuk. Kami pun ronda Terminal 2 tu cari cinema. Tapi macam tak jumpa jer. Lepas foto-foto kat taman flora, kami cari port lepak. So hari tu kami merasa lah tidur kat seat airport Changi. Kali terakhir saya tidur kat seat airport ialah 5 tahun lepas. Masa tu transit di Doha dalam perjalanan to/from Brazil.
With Lyza from Penang. Thanks to kak Ina tolong snap gambar ;)
Enchanted garden, Terminal 2. Saya maafkan kaki yang photobomb gambar ni :p
Pagi 15/3, lebih kurang jam 6:00AM kami naik shuttle bus ke Terminal 3 untuk ke Guangzhou. Rupa-rupanya Terminal 3 ni lagi happening! Dalam perjalanan ke boarding gate, baru nampak signage FREE movie kat sini. Haihh… kalau tahu malam tadi lagi kita pergi Terminal 3. At least rehat kat kerusi cinema lebih selesa. Kan betul orang kata, taknak tanya tak jumpa cinema. Ekekekee

Maka pada pagi itu berlepaslah kami bertiga ke Guangzhou menaiki pesawat SQ850. Dan terimalah 3 keping foto di China untuk tatapan. Kalau nak tahu bisnes trip ke Guangzhou ni best ker tidak, awak contact lah JMDC join seminar mereka. 
River cruise bersama sebahagian delegasi wanita
Tunggu bas sebelum memborong ;)
Canton Tower... gambar blur sebab cuaca foggy
Psstt... kawan saya yang 2 orang tu, sebelum ke Guangzhou katanya takde idea nak bisnes apa. Akhirnya diaorang berdua yang memborong sakan, hantar balik hasil tangkapan di Guangzhou ke Malaysia by seafreight ;)

Orait, till we meet again dalam entri yang lain. Luv, Cik Na.

Note:
JMDC ialah singkatan bagi “Jom Memborong Di China”. Search FB diaorang ok.
Klik sini untuk maklumat Explore-Changi

Wednesday, 28 October 2015

My Journey DrH

Ini kisah my journey to restore healthier looking complexion with Dr Hasseenah (DrH). Ia bermula pada April 2013. Saya mengalami masalah jerawat & parut jerawat kronik. Gambar yang pipi penuh dengan parut jerawat gelap tu dari rekod DrH. Saya request dengan Dr untuk buat posting ni. Masa saya tengok semula gambar first consultation tu, saya terus close attachment. Tak sanggup tengok keadaan pipi yang hampir 95% dilitupi parut jerawat gelap. Buruk sangat! T_T 

Ada satu entri lain yang saya cerita pasal jerawat saya ni. Memang special case, bukan jerawat biasa yang simply boleh hilang dengan facial atau beli skincare over the counter. Saya ada sejarah Uterine Fibroid. Girls kalau tak tahu, mohon luangkan masa dan Google. Penting for girls ada knowledge pasal fibroid ni. So parut hodoh yang bertepek kat pipi tu hasil accumulation jerawat sejak awal tahun 2010 sampailah saya operate buang fibroid Jun 2012. 

Sebelum operate dulu, saya dah banyak berhabis duit untuk facial & consult dengan pakar kulit terkenal. Tapi tak serasi. Ubat antibiotik dari klinik pakar kulit tu menyebabkan saya mengalami allergy. In the end, masalah jerawat masih tak selesai. Stress betul masa tu. Saya tak tahu yang punca sebenar jerawat saya ni berkaitan dengan hormon & fibroid. Betul lah bagai dikata, keadaan kulit mencerminkan kesihatan dalaman kita. 

Lepas operate, jerawat baru dah kurang tumbuh tapi parut lama tu ya ampunnnn.... mencacatkan pemandangan sungguh. Jadi untuk selesaikan saki baki jerawat & parut jerawat berkerak tu saya jumpa DrH pulak. Dr ni lembut orangnya. Baik sangat. Lucu bila ingat semula Dr kata nak ikat tangan saya sebab saya ada tabiat suka picit jerawat. Geram! 

Sepanjang rawatan, saya dah tapau krim jerawat DrH sampai yang nombor 3. Tahap tinggi lah tu sebab krim no. 1 & 2 kurang efeknya. Degil betul jerawat & parut jerawat saya ni. Selain skincare formula khas DrH, Dr ada bekalkan juga Multivitamin & Minerals. Tapi saya ada masalah fobia nak telan pil besar-besar. Lepas beberapa insiden termuntah sebab tablet melintang kat tekak, saya give-up ambil Multivitamin & Mineral tu.

Untuk skincare, saya combine guna produk formula DrH & Shaklee (Nutriwhite/Enfuselle)
Tapi sedar masalah jerawat saya ni perlukan juga rawatan dalaman. So, part supplement tu saya cari alternatif lain. Saya amalkan supplement detoks (DTX complex) & antioksidan (Vivix), selain Vitamin C. 

Fast forward, it tooks 2 years untuk saya hilangkan bekas jerawat hodoh tu. As of now, boleh consider 98% parut yang buruk giler tu dah lenyap & kondisi kulit saya pun dah bertambah sihat. Kalau boleh, saya nak dapatkan semula complexion masa umur 20-an. Kalau boleh lar.... Hehehee

Saya appreciate sangat nasihat Dr untuk pantang 3 jenis food tu. Sangat membantu untuk restore kesihatan kulit & badan saya in general. Terima kasih DrH!

Actually ada contest #myjourneyDrH kat Instagram dari 15/10/2015 sampai 15/11/2015. Doakan saya menang yer. TQ! ;)

Tuesday, 13 October 2015

Envelop Tunai

Selamat pagi.... harap anda semua sihat hendaknya. Sihat tubuh badan & sihat poket. J
Siapa kat sini yang disiplin dengan bajet bulanan yang dia dah set? Saya memang respect!
 
Bukan apa, saya ni setiap awal tahun buat bajet, tapi selalu derhaka dengan bajet yang saya set kan tu. Part yang selalu terabai ialah simpanan. Keutamaan saya bayar bil kad kredit. Saya stress kalau ada hutang. Jadi setiap bulan, bil kad kredit mesti bayar full. Whatever instalment saya bayar as soon dapat gaji. Lepas settle semua komitmen bulanan, baru otak lega.
Tapi, saving yillekk!

Buat bajet, tapi kesudahannya jadi rekod perbelanjaan 
Lega ker kalau saving tak bertambah? (T_T) huhuhue....
 
Yes, memang wajib menangis. Biasanya, saya akan tambah saving setahun sekali, bila company bagi bonus. Lump sum qada 12 bulan saving yang tercicir. Yer, ini memang bukan cara yang betul dan tak patut dicontohi. Sepatutnya bonus yang company bagi tu tambahan kepada saving bulanan, bukannya jadi gantian.
 
But, what if the company kurangkan bonus, atau langsung takde bonus?
 
Haa.... camner? Maka terus ke laut lah saving tu jadinya kan. Oleh itu adik-adik sekalian, jangan lar tiru tabiat akak yang harapkan bonus setahun sekali tu untuk menyimpan yer. EPF kita tu pun sebenarnya tak cukup nak sara hidup kita sampai umur 75 tahun. Pernah kira tak?
 
Contoh, kalau kita letak target belanja bulanan RM3,000 sebulan lepas bersara, kita kena ada simpanan minimum RM720,000 by umur kita 55 tahun. Kalau gaji executive, rasa-rasanya boleh kumpul EPF sebanyak tu ke? Memang takde.
 
Mulai sekarang, saya dah tekad. Berapa pun income yang saya dapat dari bisnes, saya akan pecahkan kepada 6 tabung ikut sistem Six Jars macam ni.

 
Tabung NECESSITY tu boleh dipecahkan lagi kepada sistem envelop tunai pulak. Maksudnya, buat envelop asing untuk perbelanjaan food, groceries, transport, bill, etc tu. Bila nak guna, ambil duit daripada envelop yang dah di khaskan. Kalau envelop tu dah kosong, maknanya kita dah habis gunakan bajet untuk kategori tersebut.

Cantik jer cash envelop DIY ni
Dan moga-moga saya istiqomah sampai saya dapat financial freedom yang saya inginkan.
Saya doakan anda juga.
 

Regards,
Cik Rina
 

Monday, 5 October 2015

Tempat Shopping Di Ho Chi Minh City

Assalam & hai semua!
Sebenarnya saya nak update entri ni lepas balik dari Vietnam cuti Malaysia Day hari tu. Tak sangka pulak saya demam, batuk, dan selsema yang agak teruk. Confirm sebab 2 hari berhujanan kat HCM.
Trip kedua ke HCM ni saya pergi berdua jer dengan emak. Kebetulan saya dapat grab promo AirAsiaGo yang sangat berbaloi. Tiket kapal terbang & penginapan 3D2N di Blessing Saigon cuma RM233 seorang. Lokasi hotel ni kat jalan Nguyen An Ninh (a.k.a Malaysian street) berhadapan dengan Warung 1 Malaysia. Memang convenient sangat sebab hotel ni berada kat hub shopping, restoran halal, and pasar malam. Saigon Pink 2 dan An Tam Hotel pun lokasinya kat sini juga.
Oh, saya tak check-in luggage. Ini memang trick supaya saya tak shopping lebih dari yang sepatutnya. Itu pun terbabas juga terrrrtempah extra sepasang Ao Dai yang tak ada dalam list ;)
Finally, tercapai hajat saya nak memiliki dress dan kurung tulip kombinasi prada lace & glittering Vietnam silk. Tadaaaa....

Plan asal nak buat peplum dress ala Mimpi Kita.
Tapi kain Vietnam silk tu bidang 45" tak cukup nak buat layered bottom.
Saya dah rasmikan baju ni masa farewell dinner kat SCM haritu,
dan ia telah mengundang jelingan gegadis & kekakak yang melintas ;)
 Kalau awak nak tempah baju macam ni kat Ben Thanh Market (BTM), saya cadangkan awak tuju kedai color pink nombor 323. Jahitan kemas, selesa dipakai, dan yang paling penting kedai ni tak charge mahal. Korang kalau datang kedai ni kenalkan diri sebagai “kawan Rina”, nanti Amoi kedai tu bagi harga special macam yang saya dapat. Eh, saya takde komisen pun. Sekadar share info dan menyampaikan pesanan Amoi kedai tu ;)
Ni lah kedai saya tempah baju lawa tu....
Jangan cakap akak tak payung yer ;)
Ada beratus kedai kat dalam BTM tu, so ini guide ke kedai 323 (refer map kat bisnes kad bawah ni). Masuk BTM dari pintu yang betul-betul setentang dengan jalan Nguyen An Ninh (yang saya warnakan pink). Jalan terus sampai kat tengah-tengah market. Dia macam simpang empat, ada lot-lot kedai yang jual kopi kat persimpangan tu. Hmmm... wangi jer bau kopi. Kat persimpangan tengah market tu, korang belok kanan. Jalan terus lebih kurang 50 meter akan jumpa kedai pink 323 kat sebelah kiri korang. Ada tulis nombor kedai kat signboard, tapi kadang tertutup dengan kain-kain yang bergantungan.
Korang besarkan imej peta ni!
Upah jahit baju kat kedai ni RM60. Selebihnya bergantung kepada jenis kain yang kita pilih. Kalau prada lace & glittering Vietnam silk tu mahal sikit lar. Tapi total harganya masih lebih rendah berbanding sepasang baju ready-to-wear design terbaru kat tempat kita. Untuk jubah dress material printed satin atau printed chiffon, diorang charge RM120-130 all in. Lining dah termasuk dalam pakej, request jer nak lining chiffon atau satin.

Yang best-nya tempah baju kat HCM ni, kita just tunjuk design macam mana kita nak, pastu pilih kain, pastu baju siap dalam 24 jam, dihantar terus ke kaunter reception hotel kita stay. Servis pantas gitu. Pastu convenient juga sebab boleh bayar guna RM, dan kebanyakan peniaga dekat area BTM boleh berbahasa melayu.
Tempat shopping lain yang recommended kat HCM ialah Taka Plaza & Saigon Square 1. Both within walking distance dari Ben Thanh Market. Dalam 10-15 minit jalan kaki dari BTM. Err... saya tak berapa ingat nak bagi precise guide ke Taka Plaza & Saigon Square ni, sebab haritu pun macam tersilap jalan. Tapi boleh jer ikut map kat bisnes kad tadi tu. Dari BTM (pintu setentang roundbout besar), ikut jalan Le Loi sampai kat simpang empat (landmark KhanhCasa). Refer gambar bawah ni.
Jalan dari Ben Thanh Market sampai jumpa simpang ni.
Saigon Square 1 kat seberang jalan, sebelah kanan simpang tadi tu.
Yang saya tandakan “hello” tu current location korang, facing KhanhCasa. Dari situ:-
§  Kalau korang menyeberang jalan ke sebelah kanan, korang akan jumpa Saigon Square 1.

§  Kalau korang belok ke kiri (ikut pemidang yang ada gambar bunga-bungaan tu), dan jalan terus sampai ke hujung akan jumpa Taka Plaza, kat sebelah kanan korang. Kat sebelah Taka Plaza tu ada kedai wholesale yang jual beg-beg kraftangan Vietnam. Recommended beli beg kat kedai tu.

Pemidang gambar bunga-bunga tu rasanya sentiasa ada, sebab pemidang tu untuk cover tempat parking kereta/motorsikal. Kalau korang sesat, tanya lar kat peniaga kedai yang boleh berbahasa inggeris (atau BM kalau bernasib baik) kat kawasan tu. Tak pun, tahan jer lar teksi. Actually tak jauh mana pun. Dari Taka Plaza, korang melintas semula ke kiri, then jalan straight ikut pemidang tu akan lead korang balik semula ke BTM. Tengok kat map tu nampak macam panjang jer jalannya kan. Tapi sebenarnya dekat jer.

Oh ya, elakkan datang HCM time musim hujan. September paling banyak hujan. Asal petang jer hujan. Start dari jam 3pm sampai ke malam. Hujan dia sekejap, tapi lebat dan berulang kali. Memang mencabar, tapi gigih keluar gak shopping pakai baju hujan plastik. Refer link ni << HCM climate >>
Kat airport, saya ambil servis teksi Mailinh.
Dia charge USD10-12 and korang akan dapat premium taxi (prado, merc).
Teksi bermeter lebih murah, tapi kalau dia guna laluan lebih jauh jadi mahal gak.
BTM akan tutup lepas jam 6pm. Tapi korang boleh meronda night market disepanjang jalan Phan Chu Trinh & jalan Phan Boi Chau.

Satu lagi, hati-hati bila melintas jalan kat HCM tu. Traffic dia boleh dikatakan datang dari semua arah. So korang kena tengok kiri-kanan-depan-belakang masa nak melintas jalan. Diorang memang tak berhentikan kenderaan, just slow down and elak-elak orang yang melintas jalan. 

Ok tu jer nak share. Jumpa lagi! J



Disclaimer:
Info dalam post ini hanyalah perkongsian dari pengalaman peribadi sebagai casual traveler. Saya tidak ada kaitan dengan mana-mana kedai atau outlet yang dinyatakan di sini. Oleh itu, saya tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang mungkin berlaku.

Wednesday, 30 September 2015

Farewell Adtek....

Maafkan saya.... saya terpaksa pecat boss.
Ekekeee.... jangan marah yer boss, gurau jer. Peace (*_*)v
 
Terima lah farewell token dari saya yang tak seberapa ni....


Yup, hari ni hari terakhir saya sebagai staff di Adtek Malaysia Sdn. Bhd.
Genap 13 tahun 5 bulan saya kerja kat sini, sejak lepas grad. Lama kan?
 
Mulanya saya ingat semua officemate dah tau berita saya nak resign. Tapi rupa-rupanya ramai juga yang terkejut bila saya distribute farewell token button badge tu. Kejutan yang tak disangka. “Huh?! what happen? I’m really surprise....” camtu lah reaksi wife president masa saya jumpa dia pagi tadi.
 
Sembang dengan Mr. President pulak, dia tegur kulit muka saya dah bertambah elok. Siap tease lagi “Aaahh.... was it because you are so happy thinking about leaving Adtek hence all the pressure gone and your complexion glow” Hahahaa.... ini Shaklee effect lah boss. Vivix!
 
Berhenti kerja zaman ekonomi gawat?
Tipu lah kalau saya tak fikir pasal komitmen peribadi - ansuran kereta, insuran, bil utiliti, duit belanja, supplement, semua tu perlukan minimum RM3,500 sebulan. Tapi keputusan berhenti kerja ni saya buat demi kebaikan saya sendiri.
 
So lepas ni kerja apa?
Ermm.... making new baby? Oops! maksud saya “baby” tu ialah bisnes. Kalau nak keluarkan baby manusia kena dapatkan encik husband halalan toyyiban. <mode miang> Kihkihkih
 
Finally, I thank everyone for all the good word and du'a. Mohon maaf kosong kosong.
Kalau rindu saya, tatap lah button badge yang cute tu yer ;)
 
Till we meet again.... Adios!

The dinner...
The food... Sedap gak steak TGIF ni.
The gift... Thank you! :D