Friday, 16 December 2016

SCAMMER MENYAMAR PELANGGAN DI CAROUSELL

Hai! Ok, hari ni sis nak share pengalaman sis deal dengan SCAMMER yang menyamar as customer konon nak beli tudung dekat Carousell. Peristiwa ni berlaku pada petang Sabtu yang lepas.

Ceritanya macam ni;

Sis baru update sale item kat Carousell. Selang beberapa minit, satu mesej masuk ke Inbox sis. Yeay! somebody nak beli shawl. Seronok lar... berbunga-bunga hati sis ni. Seperti biasa, sis akan view profile orang yang bertanya tu. Tiba-tiba bila sis klik pada nama dia, status profilnya menunjukkan “user account suspended”. Masa tu sis takde syak apa-apa lagi. Since dia ada tinggalkan nombor telefon, sis fikir no harm kot kalau contact dia melalui WhatsApp. Maka sis pun wasap nombor dia....


Dia intro diri as Malay Muslim lady, sedang belajar di USA tapi sekarang ni posting kat Perak. Communications berjalan macam biasa, sama macam normal prospek lain. Lepas dah setuju dengan harga tudung tu, dia pun request bank detail sis for payment purpose.

Hari Isnin 12/12/2016 sis masih belum terima update dari dia. So petang tu sis pun mesej dia, follow-up nak tau dia jadi ker tidak beli tudung tu. Dia pun confirm-kan semula total harga tudung dengan sis. Tak info lagi bila nak buat payment.


Tiba-tiba pada malam tu, around pukul 8 lebih, satu email masuk. Sebenarnya ada 2 email, satu lagi masuk spam folder sis tak perasan. Sis check email yang masuk ke Inbox tu dari “Bank of America”, tapi pelik kenapa email kosong takde content. Hmm… belum syak lagi, cuma fikir mungkin payment dari “Norshida” kot. Sis tunggu dia mesej sebab dia tak inform pun akan buat payment from overseas.


40 minit kemudian, “Norshida” tu mesej sis inform dah buat payment dan minta sis fahamkan betul-betul prosedur bank dalam email yang sis terima tadi. So sis pun reply dia, email yang sis terima tu takde konten. Curious nak tahu apa sebenarnya “prosedur bank” yang dia maksudkan, maka sis pun minta dia forward-kan copy email dari rekod dia. Kemudian, dia hantar screenshot ni....


Jeng jeng jeng.... bila sis teliti info dalam imej screenshot yang dia hantar tu, sis mula sense something tak kena. “Alamak SCAM ker ni?” detik hati sis. Ok, total harga shawl RM55. Tapi kononnya dia hantar payment RM500, tapi duit tu bank dia put on hold. Untuk membolehkan bank dia release-kan duit tu, sis dikehendaki transfer dulu baki RM445 ke akaun dia dalam masa 1 jam.

Sis dah mula nervous sebab tak sangka boleh pulak terdapat prospek scammer. Bila sis kata sis nak contact bank untuk verify payment dia tu, dia mula kecoh dan mula call sis. Sis jawab juga call dia sebab nak dengar suara dia. Betul ker dia ni Melayu. Hmm… dengar accent dia pelik jer, lepas tu macam call guna internet line dari overseas sebab tak jelas and ada lag.


Sis risau sebab dia dah ada info akaun bank & alamat email sis. Sis taknak lar email sis tu nanti jadi target spammer pulak. Sis silent-kan telefon, then sis contact CIMB call center. Sis ceritakan kejadian yang sedang berlaku pada customer service officer tu. Abam CIMB tu suruh sis tengok balik apa alamat email “Bank of America” tu. Haaaa gotcha! sekarang sis dah nampak jelas ini memang confirm SCAMMER. Apehal pulak sejenis bank tapi gunakan domain (at)online-accessed.com ?

Lepas tu, abam CIMB tu tanya, ada tak orang tu minta swift code bank sebelum dia buat "payment”. Haaa yes, memang takde. Confirm tak genuine! Macam mana kau boleh send payment from overseas without swift code? Hakikatnya, dia langsung tak buat apa-apa payment pun. Email dan imej dokumen yang dia hantar tu semua FAKE, konon-konon macam ada real overcharge transaction untuk buat kita percaya dan suruh kita transfer duit lebih tu ke akaun geng scammer dia kat Malaysia.


Lepas bercakap dengan CIMB personnel baru sis tenang sikit. Kemudian sis cuba reject deal orang tu dengan cara baik. Tapi at last sis cakap jer terus terang kat dia email tu SCAM. Tengok gaya orang tu macam tak give up sikit pun, sis terus block nombor dia. End of the story. Esoknya (hari Selasa), sis buat back-up police report as advised by abam CIMB.

Berbalik pada email yang kononnya dari Bank of America tu, sebenarnya email tu memang sengaja dihantar kosong tanpa konten. Itu memang taktik dia cuba nak “pancing” (bahasa IT-nya phising) supaya sis reply email tu minta more info. Then dia akan send pula link minta kita isikan details kat situ. Haaa.... kalau sampai tahap dah klik link yang dia bagi tu, memang inna lillahi wa inna ilaihi roji'un.... dia dah dapat access ke akaun online banking kita.


Sekian kisah mencemaskan terjebak dengan scammer dari sis. Dengan itu, bertambahlah satu lagi pengalaman sis dalam dunia bisnes online. Lepas ni, tak payah gatal-gatal contact prospek kalau status profilnya dah suspended. Carousell suspend akaun seseorang tu mesti ada sebab. Tu lah sis ni sangka baik sangat ;p

Sis lupa tak straightaway screenshot chat dia dekat Carousell. Lepas sis block dia, mesej dia hilang dari Inbox Carousell sis. Gambar profile wasap yang dia guna tu pun sis suspek gambar curi.

Oh ya, ini akaun Carousell sis. Jemput follow yer ----> carousell.com/frinaa

No comments:

Post a Comment